:: KAULAH LILIN HATIKU ::
Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang
melupakannya.Bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan ke bumi ini
oleh seorang yang ku gelar ibu.Aku dijaga dan diberi kasih sayang yang
secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik-beradik ku yang
lain. Ibu seorang yang tidak pernah jemu melayan kerenahku bahkan ayah
juga tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi sokongan
kepadaku.
Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk
aku.Ketika itu aku baru mendapat keputusan Pencapaian Menengah Rendah
(PMR).Ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang
cemerlang.Lalu,dihadiahkan
Sejak hari itu,aku mula pandai berjinak-jinak dengan cinta dan
membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata. Aku
juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti
geng underground dan berbagai-bagai lagi.Malah aku juga tidak terlepas
terjerumus untuk menjadi seorang minah rempit.
Pada awalnya aku
hanya mengikuti mereka tetapi lama-kelamaan jiwaku memberontak untuk
mencuba bermacam-macam perkara.Bayangkan sudah dapat sekali selepas itu
mahu mencuba berkali-kali.Perubahan diriku disedari ayah dan ibu.Ibu
hanya mampu berpesan.Setiap hari ber'mandi'kan air mata kerana sikapku
itu.Pesan ibu langsung tidak aku endahkan.Malah leteran ayah juga tidak
ku pedulikan.Aku hanya memekakkan telinga dan terus melakukan apa sahaja
mengikut kehendak hati yang sudah mati.
Perkara tersebut berterusan sehingga aku tamat
persekolahan tetapi keputusan peperiksaan aku amat mengecewakan.Ayah dan
ibu hampa denganku tetapi mereka masih lagi memberi aku semangat untuk
memajukan diri.Tetapi aku bentak dengan semuanya lalu mengambil
keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur.
Aku tinggal di rumah
bujang bersama rakan yang aku baru kenali menjadikan aku semakin buas
disana.Lalu ditakdirkan aku mengenali seorang lelaki yang agak alim pada
pandanganku.Kami menjalinkan hubungan bersama dari situlah aku belajar
berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berguna.Setahun
perkenalan kami dan dua tahun menjalinkan hubungan cinta.Akhirnya rahsia
segalanya terbongkar,aku di tipu hidup-hidup.Disebalik tingkah laku
yang sopan rupanya tersembunyi kelakuan syaitan disebalik seri di
wajahnya itu.Perpisahan kami membuatkan hidupku kembali memberontak
untuk mencari ketenangan.
Apa yang aku lakukan bukanlah
bersujud kepada Tuhan dan memohon untuk diberi ketenangan tetapi aku
masih tetap melupakan-Nya.Malah terus membelakangkan ibu dan bapaku.Aku
hanya mencari hiburan yang boleh membuatkan aku daripada mengingati dia.
Aku telah pandai ke disko,meminum arak,membuat maksiat dan sebagainya
asalkan dapat membuatkan pemikiran ku tidak berfikir tentang si
dia.Segalanya berlarutan sehinggalah tiba hari lahirku yang ke-23 tahun.
Aku terkejut dengan hadiah yang ku terima.Dihadiahkan aku sepasang
kasut berharga RM 245 dan seutas rantai emas dan loketnya tertulis nama
ayah dan ibu.Disertakannya sehelai kertas yang tertulis:
"Ibu menghadiahkan kamu kasut itu adalah untuk
kamu mudah kembali kejalan yang benar kerana kata orang jika mahu pulang
ke jalan yang benar sememangnya jalan itu penuh duri dan
liku.Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin selagi ia masih mampu
berkhidmat untukmu.Andai engkau kepenatan dan terasa mahu berputus asa
jadi lihatlah nama ibu dan ayah mu dirantai itu kerana kami akan
sentiasa menyokong dan membantu mu untuk 'pulang'."
Ku lihat
air mata ibu mengalir ketika mengenakan rantai itu padaku dan aku tahu
dari raut wajahnya terpampang rasa kecewanya terhadap sikapku.Walaupun
tidak diluahkannya,aku tahu aku tidaklah seperti adik beradik yang lain
yang mendengar nasihat ibu dan ayah serta berjaya dalam hidup tapi ibu
dan ayah tidak pernah sesekali menyindir atau mengenepikan aku.Aku
disayangi sama seperti yang lain.
Terbayang segala pengorbanan
ibu dan ayah ketika itu.Antaranya ibu yang tak pernah kenal erti
berputus asa dengan sikapku.Malah sanggup menjaga aku ketika aku
sakit.Walaupun ibu tahu aku sebenarnya sendiri yang mencari penyakit
namun ditatangnya aku dengan penuh kasih tanpa sebarang kecacatan.Ayah
pula sering menunggu kepulangan ku diwaktu malam.Kadang-kadang sehingga
terlelap ayah di kerusi ruang tamu ketika menungguku.Kepulanganku tidak
di marahi tetapi hanya di tanya satu soalan "kemana tadi...???"Tetapi
itu pun dengan nada yang lembut.Ayah juga tidak pernah penat menasihati
aku.Banyak jasa mereka kepada ku yang bermain di fikiran ku ketika itu.
Selepas
hari itu aku mula berubah sedikit demi sedikit kemana sahaja aku mahu
pergi pasti kasut yang dihadiahi ibu dan ayah ku akan aku pakai.Andai
aku mahu kembali ke jalan yang gelap pasti aku teringat akan ayah dan
ibu.Lama-kelamaan aku telah berjumpa jalan yang terang
untukku.Alhamdulilah sehingga kini aku masih lagi di jalan yang
terang.Aku masih lagi sujud dan bersyukur ke atas Tuhan kerana telah
memberikan aku kekuatan dan petunjuk untuk aku kembali ke jalan yang
benar.Terima kasih aku ucapkan pada ayah dan ibu yang tidak pernah kenal
erti putus asa terhadapku.Andai dipanjangkan umur pasti aku akan
membalas jasamu.♥
0 comments:
Post a Comment