:: ANGGUNNYA AURATMU TERPELIHARA WAHAI MUSLIMAHKU ::
TINTA
AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri.
Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat
memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah
hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang
dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang
tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah
yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan
cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu.
Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
Pernahkah kita terfikir, mengapa
Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir
untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat
itu.
Jika dibandingkan wanita Islam
dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk
menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya
memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah
didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa
sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan
sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak
bernilainya mereka di mata masyarakat.
Sedarkah anda wahai wanita bahawa
Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya
melihat aurat kita di dalam al-Quran.
"Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:
31]
Konklusinya dengan lebih mudah,
mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram
dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.
Ia merangkumi;
1.
Bapa
kandung
2.
Bapa
mertua
3.
Bapa
susuan
4.
Anak
kandung
5.
Anak
tiri (yakni anak suami)
6.
Anak
susuan
7.
Saudara
lelaki kandung
8.
Saudara
lelaki susuan
9.
Anak
saudara lelaki
10. Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri
dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa
berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang
seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan
sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.
Tidakkah kaum lelaki ini merasa
tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang
sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain
juga mendapat HAK yang sama?
Dimana istimewanya lelaki yang
bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK
yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh
rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah
Al-Ahzab:59]
Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada
empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka
tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
01.Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan
dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak
mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.
Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak
lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka
hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan
melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak
lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat
kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki
untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu,
laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak
menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita
seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam
memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, syurga
terbentang sedia, masih neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika
demikian rupa.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment