:: Mehnah Perjuanganku ::
Aku sentiasa punya pilihan. Sama ada pilihan aku adalah untuk tidak
memilih atau sebaliknya. Ianya tetap satu pilihan. Dan aku memilih untuk
memilih dengan meletakkan tawakal dan tekad sebagai arah agar tidak
tersasar. Juga mengharapkan agar sesal tidak menghambat di kemudian
hari. Namun segalanya hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Telah lama kucari kekuatan untuk meletakkan langkah setapak ke hadapan. Ternyata tidak senang untuk membuat kata putus apalagi menyimpulnya erat. Adakalanya yang biasa itu telah menjadi terlalu biasa seakan sebati dengan diri dan penghidupan.
Disebabkan yang biasa itu juga, aku sering memilih untuk tidak berubah, tetap dan setia pada yang sedia ada. Walaupun ada masa-masanya aku sendiri tidak pasti.. itukah yang dinamakan kesetiaan atau itukah yang digelar ketakutan?
Apa sekalipun, selagi aku bergelar manusia kita sentiasa punya pilihan. Memilih pada pekatnya hitam atau putihnya cahaya. Namun apa yang sering aku terlupa.. yang putih juga kadangkala mampu menyilaukan dan yang hitam itu tidak semuanya menyesakkan.
Apa yang nyata, dalam hidup ini setiap satunya ada baik dan buruknya. Pada akhirnya, segalanya terpulang pada diri dan hati kita sendiri kerana pandangan kita akan berbalik kepada diri sendiri.
Seputar Hidupku Berdakwah
Aku adalah penjunjung kebenaran
Memikul kalam Ilahi
Kuseru ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
Dan nasihat-nasihat yang indah
Argh…aku khilaf
Aku menegur kesilapanmu
Namun kalamku setajam belati mengguris
Setiap sudut kalbumu
Semua dihadapanku, terpaku membisu
Kalamku melangit tinggi tidak membumi
Membanjiri bak tsunami
Tidak kutahu lautan hatimu
Kita berjanji engkau mungkiri
Adakah kau lupa Rasulullah pernah bersabda
3 ciri orang munafik: pabila berkata kau berdusta,bila berjanji kau mungkiri,bila diamanahkan dikhianati
Aku gagal lagi
Niatku suci namun… dicemari emosi
Nafsu amarah menguasai diri
Buatku jauh dari cahaya Ilahi

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment