:: Mencari Ketenangan Jiwa ::
Wahai hati..
Renunglah sudah berapa lama engkau hidup senang lenang..
Renunglah asalmu hanya dari setitis mani..
Apakah dunia ini telah mengkhayal & mempesonakan mu..
Telah lupakah cinta & rindumu pada syurga..
Wahai hati..
Sampai satu masa jika tidak engkau tidak terbunuh..
Engkau pasti akan mati..

Dalam perjuangan seorang dai'e, mujahid.. tiada erti kegagalan. Tetapi
kejayaan itu pasti menanti kita..samada kita perolehi kemenangan atau
syahid di jalan Allah.
Kehidupan itu umpama pohon bunga mawar berduri dan seni adalah
bunganya sedangkan duri itu cabarannya. Orang yang berjaya dalam hidup
adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya
tanpa menyimpang.
Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada kita, yang memberikan ilmu kepada kita, yang mencegah agar tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita.
"Dunia itu 3hari...Kelmarin segalanya telah berlalu.. hari esok boleh jadi kamu tidak menjumpainya .Hari ini untukmu, maka isilah ia dengan amal..."~Sayidina Hasan r.a~

Kekuatan kita yang sebenar adalah bergantung kepada sejauh mana kita berhubung dengan Allah swt. Semakin kuat kita dengan Allah swt, semakin kuat pula bantuan dan keberkatan yang akan diberikan Allah swt kepada kita....
"Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita, kadang-kadang yang mengembirakan hati itu tersembunyi derita.."
Saat kita merasa lemah, tiada upaya..Saatnya kita merasa seakan hampir
rebah, terduduk & menangis.. Saat itulah sebenarnya kita memerlukan
seluruh kekuatan dari dalam diri.Tapi ketahuilah dan renungilah kembali
ke dalam diri kerana..mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah swt
mahu kita menjahit kembali pakaian IMAN yang kian terkoyak lantaran ada
langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan....
Di
dunia ini ada yang memburu kekayaan, kesenangan, kegembiraan,
kebahagiaan,ketenangan dan kedamaian. Semua ini datang dari Allah, namun
ia bukan mudah bagi kita untuk meraihnya kerana ia tersembunyi. kita
perlu mencari & memburu bagi mendapatkannya. Bukan hanya cukup
sekadar berdoa sepanjang masa, tanpa usaha & tindakan yang perlu
dilaksanakan bagi mendapatkannya.
Berkawan dan dekatilah orang-orang yang boleh memimpin ke arah kebenaran,masukkan diri
dalam situasi yang menyenangkan, hindarkan dari berada atau
terperangkap dalam situasi yang akan hanyut dengan keseronokan sementara
duniawi ni. Merenung keindahan alam ciptaan Tuhan, bertafakur akan
kebesaranNya. Abadikan dengan jiwa,fikirkan berkaitan kejadian alam dan
manusia dan segala makhluk yang diciptakanNya.
Bukan mudah untuk mencari kadamaian jiwa perlu pergorbanan masa dan kesabaran bagi mencapai apa yang diimpikan. Katakan pada diri, aku boleh lakukan dan mampu untuk menghadapinya. Dan yang lebih penting sentiasa berdoa pada Allah mengharapkan setiap detik rahmat dariNya dan keredhaanNya. Juga bawalah keikhlasan walau di mana berada,Ingatlah tanpa keikhlasan maka tiada keredhaanNya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment