........Keutamaan Bulan Rejab.............
Rasulullah S.A.W. :
“ Rejab adalah bulan Allah , Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”
Ahli isyarat mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya
ialah rahmat. Kemudian jim, ertinya jurmu abdi (kesalahan hamba). Dan
ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah
mengatakan,“Aku jadikan hamba-Ku di antara rahmat dan kebaikan-Ku.”
Dari Abu Hurairah r.a. , dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.
“Siapa berpuasa dua puluh tujuh Rejab , maka dituliskan untuknya puasa
enam puluh bulan . Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibtil
turun kepada Nabi S.A.W. di israk-mikrajkan.”
Baginda juga bersabda :
“ Rejab adalah bulan Allah . Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana
iman dan mengharapkan keredhaan Allah , pasti dia mendapatkan redha
Allah yang Maha Agung.”
Dikatakan, “Allah menghias
bulan-bulan itu dengan empat bulan; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan
Rejab “. Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Qur’an :
“ Di antara ada empat (bulan) yang mulia “
(Q.S. At-Taubat : 36)
Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul
Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai
pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat
kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika
meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi
melihat ibunya seraya berkata, “ Aku tidak redha kepada mu kerana kamu
tidak melakukan wasiatku.” Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian
anak itu mengambil pakaian ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada
suara memanggil, “Tidakkah kau tahu , bahawa orang taat kepada Ku di
bulan Rejab, tidak akan Ku-biarkan dia bersendirian di liang lahad !”
Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dari hari Jumaat bulan Rejab,
semua malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan
Rejab.
Dari Anas ra. Dia berkata , Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram , dituliskan untuknya pahala
ibadah sembilan ratus tahun,”Dan berkata Anas ra. “ Pekak sajalah kedua
telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi S.A.W.”
Bulan
yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama
yang diturunkan juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimah tasbih
juga empat , iaitu , Subhana Allah , walhamdulillah , lailaha illa Allah
, wa Allahu Akbar.” Pokok hitungan juga empat ; sa , puluh , ratus ,
ribu, waktu juga empat , jam , hari bulan , tahun. Musim juga empat ;
bunga hujan , luruh , kemarau .Watak juga empat; panas , dingin , basah ,
kering . Penguasa badan juga empat ; kuning , hitam , darah dan
dahak.Khulafa’ Ar Rashidin juga empat : Abu Bakar , Umar , Usman , Ali
ra.
“Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam : malam Adha , malam Fitri , malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab “
Ad-Dailami meriwayatkan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada tiga malam tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab , malam nisfu Syaaban , malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha“
Petikan dari terjemahan
Kitab Mukashafah Al Qulub – Imam Al Ghazali
0 comments:
Post a Comment