ADA CINTA DIHATINYA


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“Cinta yang mendalam terhadap Allah akan membawa kita kepada satu jalan yang kita sendiri tidak mengetahui bahawa itu adalah jalan yang terbaik untuk kita. Kita sering kali mendengar bahawa,(kalau ada jodoh,tidak akan lari gunung dikejar). Namun sejauh manakah kita mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian. Setiap kali kita sering mendengar berita tentang kematian akibat membunuh diri kerana putus cinta. Kita kalah dengan nafsu sendiri dan terpedaya dengan pujuk rayu syaitan-syaitan yang dikutuk oleh Allah…….”
“Cinta membawa kebahagiaan jika dibawa ke arah jalan yang benar,namun cinta juga mampu membawa kepada penderitaan jika terarah ke jalan yang salah. Cinta kalau bertunjang kepada agama akan membuahkan kebahagiaan meskipun pahit untuk ditelan hakikatnya yang sebenar di mata dunia. Jika benar cinta itu telah ditakdirkan untuk kita,seseorang telah tercipta untuk diri seorang insan yang kerdil ini sudah pastinya cinta itu hadir dengan izin Allah(S.W.T) tanpa dipinta. Namun sukar untuk kita menerima seandainya hati ini memerlukan insan yang lain dan kita tidak dapat memilikinya……”

“Bagaimanakah jika hal ini berlaku kepada diri sendiri?????? Jawapanku Cuma satu,biarkanlah dia berlalu dan bebaskan dia daripada hatimu. Jika dia benar untukmu,maka dengan izin Allah jua dia akan kembali kepadamu tanpa engkau pinta. Jangan berputus asa dengan Allah,teruskan permohonanmu kepada Pemilik Cinta yang Agung. Cinta Allah adalah cinta yang paling Agung. Dengan meletakkan Allah sebagai pemilik cinta yang kekal abadi,jadikanlah cinta kekasihNya yang sejati sebagai satu jalan mendekatkan dirimu kepada Ya RobbulIzzati…….”
‘Aku tidak meminta untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyah,seorang wanita yang meletakkan sepenuh cinta di dalam hatinya kepada Khalidnya yang sejati. Tidak mencari cinta duniawi tetapi lebih mendambakan cinta yang abadi di akhirat yang lebih dirindui.Aku menitiskan airmata setiap kali ku membaca tentang keagungan cinta Rabiatul Adawiyah. Namun layakkah aku untuk menjadi sepertinya??? Diri yang sentiasa digelomangi dengan noda-noda dosa…..”
“Aku ingin menjadi seperti isteri kesayangan Raja Firaun,walaupun Asiyah binti Muzahim dilayan begitu istimewa di dalam istana Firaun yang mewah,tetapi ia sedar bahawa bukan itu yang ingin lazat,tilam yang paling empuk,pakaian yang paling megah dan perhiasan yang paling indah dan mahal harganya. Kemana pun Asiyah ingin berkelah,akan dilayani serta diperkenankan. Selain itu,memang Firaun menyediakan taman-taman yang ditumbuhi bebungaan dan pokok-pokok yang rending. Kenderaan yang terdiri daripada kuda-kuda pilihan,unta dan keldai yang sihat serta kuat setiap saat bersedia membawa Asiyah ke mana sahaja. Pendek kata seluruh kehidupan zahirnya penuh dengan kenikmatan……”
“Meskipun begitu,Asiyah tetap menganggap semua itu sebagai fenomena yang akan lenyap dengan mudah apabila di dalamnya ternampak unsur-unsur kekufuran,kebongkakan,kezaliman dan permusuhan. Lantas kerana itu Asiyah menghadapkan dirinya kepada Allahdan menyeru supaya diselamatkan daripada angkara Firaun,supaya tidak hanyut di bawah pengaruh palsunya. Kemudian,dia memohon agar ia terhindar daripada orang-orang yang zalim,yang biasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokongnya yang menghalalkan setiap cara untuk mencapai suatu tujuan……”
“Berbeza pula yang berlaku di dalam kisah hidup Maryam binti Imran,ujian besar yang datang kepada Maryam ialah menerima kehamilan walaupun tidak mempunyai suami. Kejadian yang di luar kebiasaan ini adalah mukjizat. Walaupun mukjizat itu diyakininya,tatapi orang-orang disekelilingnya tidak. Bahkan mereka menuduhnya berzina. Penghinaan dan tuduhan tersebut sangat berat untuk didengari olehnya,namun ia tetap tabah dan yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga…..”
“Iman dan akidah yang ditunjukkan oleh Maryam binti Imran mampu menghindari segala tindakan yang membawa kepada keputusasaan. Ia sedar bahawa Allah s.w.t sedang mencuba keimanannya. Oleh itu,ia menghadapinya dengan iman dan menyerahkan segala persoalan kepada-Nya. Dia sedikit pun tidak terniat untuk membantah ketentuan Allah ke atas dirinya. Sebagai seorang yang sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah,hati dan jiwanya tenang serta tenteram. Cubaan demi cubaan yang datang berupa tuduhan,celaan,dan makian tidak membuatnya kesal dan ingin melakukan hal yang dilarang,bahkan mulutnya lebih mengingati Allah. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:”Ketahuilah,bahawa dengan meningati Allah dapat mententeramkan hati”…….”
“Maka sia-sialah orang-orang yang hanya mengejar cinta duniawi semata-mata demi memiliki keseronokkan yang fana. Cinta terbahagi kepada tiga bahagian,yang pertama cinta yang datangnya dari JI. Cinta ini sering dikaitkan dengan alam-alam mistik seperti melibatkan hal-hal yang bertentangan dengan AQIDAH ISLAM seperti perantaraan melalui bomoh,dukun dan seangkatan dengannya yang hanya akan membawa kepada penderitaan. Cinta yang kedua adalah cinta melalui SYAITAN,cinta yang melibatkan hawa nafsu dan godaan syaitan ke arah kemaksiatan yang hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang sia-sia semata-mata. Manakala cinta yang terkahir datangnya daripada Allah,apabila mata sudah bertentangan lalu jatuh ke hati dan membuatkan terus teringat kepadanya dengan izin Allah itulah cinta yang paling indah dan dikenali sebagai SYURGA CINTA……”
“Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran,sesungguhnya orang yang datang menemui Tuhannya dalam keadaan berdosa ,maka tempatnya adalah neraka Jahanam. Di dalamnya ia tidak mati dan tidak hidup. Dan siapa datang menemui Tuhannya dalam keadaan beriman dan beramal soleh,maka bagi mereka kedudukan yang tinggi,iaitu syurga dan yang di bawahnya mengalir beberapa batang sungai:mereka kekal di dalamnya. Dan demikian balasan bagi orang yang membersihkan dirinya daripada kekufuran dan kemaksiatan…..”(Surah Taha: Ayat 74)






                                                                                            (Amani Az-Zahra)



0 comments:

Design by Blogger Templates