BINGKISAN HATI SEORANG ANAK


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“Subhanallah,Alhamdullilah aku masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk bernafas di bumiNya yang fana ini. Coretan demi coretanku telah ditulis dalam tinta Amani Az-Zahra. Namun sejauh manakah luahan hatiku pula mengenai dua orang yang amatku cintai ibu dan ayahku. ……”
“Aku adalah seorang anak yang sangat beruntung kerana diberikan peluang untuk memiliki dua orang ayah. Aku ada ayah kandung dan ayah tiriku. Aku amat menyayangi mereka berdua. Tetapi sejak kecil aku telah ditinggalkan oleh ayah kandungku bersama dengan ibu dan adikku yang masih kecil pada ketika itu. Aku juga tidak sebab sebenar puncanya yang menyebabkan ayah meninggalkan aku dan adik tanpa sebarang kata-kata yang pasti…….”
“Selama 4 tahun aku tinggal dan dipelihara oleh ibuku yang tercinta bersama adik. Aku masih ingat pada tahun 2000,aku telah memiliki kasih saying seorang ayah semula setelah empat kehilangan rasa kasih itu. Namun bukan mudah bagiku untuk menerima daalm hidup diantara ibu dan diriku. Pada minggu hampirnya pernikahan ibu dengan ayahku yang baru,aku bangkit memberontak kerana ketidakpuasan hatiku terhadap keputusan ibu. Pada ketika itu umur ku 10 tahin dan adik berusia 8 tahnu. Ia,benar kami sama-sama masih kecil dan kami sangat memerlukan ibu……”
“Pada taggal 27/05/2000,ibu telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya selama ini setelah 13 tahun mereka berpisah dan masing-masing pada ketika itu sudah memiliki keluarga sendiri. Aku kagum dengan ibu dan ayahku yang baru kerana ada jodoh yang masih kuat diantara mereka berdua. Pada mulanya susah untuk aku menerima kehadirannya dalam keluargaku,namun aku begitu kagum dengan kesungguhannya mengambil hatiku dan menyayangiku seperti anak kandungnya sendiri……..”
“Setelah sekian lama tidak memiliki adik kecil,al-maklumlah adik aku pada ketika ini sudah berusia 12 tahun. Dah besar panjang orangnya. Alhamdullilah,dengan izin Allah ibu dan ayah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 10/10/2004. Aku dan adikku begitu gembira dengan kehadiran orang baru ini di dalam keluargaku. Ayah sentiasa berpesan kepada aku dan adik bahawa baby ini adalah adik kandungku dan aku mesti menyayangi dan menjaganya dengan sebaik yang mungkin…..”
“InsyaAllah,aku berjanju dengan ayah untuk menjaga dan menyayangi baby dengan sebaik yang mungkin. Dalam waktu ibu berpantang,aku menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak dan anak yang sulung dengan sebaik yang mungkin. Seperti biasa aku mula belajar membasuh kain,memasak serba sedikit dan beberapa kerja rumah yang lain untuk meringankan kerja ibu. Alhamdullilah,aku mampu melakukannya dengan baik. Ayah aku tiada dirumah,dia hanya akan pulang pada hari khamis selepas habis waktu bekerja dan akan kembali semula ke Kuala Terengganu pada hari ahad pagi.
“Aku sangat menjalani kehidupan dengan ibu,ayah dan adik-adikku yang tersayang. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Aku tersangat bersyukur kerana memiliki seorang ayah yang amat penyayang terhadap anak-anaknya. Pada waktu ayah berada di rumah,memandangkan aku satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya sudah pastilah waktu berada didapur saat-saat yang paling aku nantikan. Kerana pada saat inilah ayah akan mula menjadi guru memasakku. Alhamdullilah,dengan berkat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh ayahku,aku sudah mampu memasak dengan baik sehingga kini. Terima kasih ayah….”
“Allah sentiasa menguji hamba-hambaNYA yang bertaqwa. Allah telah menguji kami sekeluarga dengan berita yang mengejutkan kami sekelurga bahwa ayahku disahkan menghidap barah hati peringkat keempat iaitu peringkat yang terakhir. Apa yang aku bias rasakan pada ketika itu umpama gelap hidupku. Adakah aku akan kehilangan ayahku yang tercinta untuk selama-lamanya??? Itulah persoalan yang menerjah ke dalam kotak fikiranku…..”
“Memandangkan pada waktu itu aku dan adikku yang kedua akan menghadapi peperiksaan yang besar dalam hidup kami iaitu STPM dan SPM. Aku cuba kuatkan hati dan diriku untuk teruskan perjuanganku dalam STPM dengan sebaik yang mungkin. Pada ketika itu aku dan adik masing-masing menetap diasrama untuk kemudahan kami. Kami hanya akan pulang dua minggu sekali dalam masa sebulan untuk melihat keadaan ayah….”
“Aku mengkagumi semangat yang dimiliki oleh ayah,dia tak nak anak-anaknya bersedih melihat keadaannya dia tetap menguatkan semangatnya untuk meneruskan hidup. Dia tahu bahawa isteri dan anak-anaknya amat memerlukannya. Dia masih menjalani hidup seperti biasa macam insan-insan yang lain. Aku sayangkan heroku ini…….”
“Selepas tamat peperiksaana,aku dan adik pulang semula ke rumah. Aku tidak seperti sahabat-sahabat yang lain selepas peperiksaan,masing-masing sibuk mencari peluang pekerjaan. Namun itu bukan bagiku. Ibu aku meminta tolongku untuk menjaga ayahku,dan dengan hati yang terbuka aku menerima tawaran itu tanpa sebarang bantahan. Tetapi adikku yang lelaki tetap bekerja di sebuah syarikat makanan segera di Bandar.Tinggallah aku dirumah memulakan khidmatku terhadap ayahku. Tanggungjawab yang diberikan tidak sedikit pun aku merungut tetapi aku melakukannya dengan penuh istiqamah. Aku tidak pernah minta balasan terhadap apa yang telah aku lakukan terhadap ayahku. Tiada bandingnya diatas apa yang telah dikorbankan oleh ayah untuk membesarkan aku dan adik-adik…..”
“Dek kerana aku tidak sanggup lagi melihat ayahku menderita menanggung kesakitannya,pernah dalam doaku aku bermohon kepada Allah(Jika dengan mengambilnya daripadaku akan menghilangkan segala deritanya Engkau ambillah dia daripadaku). Diatas permintaan ibuku,adikku telah berhenti bekerja untuk turut bersamaku demi menjaga ayah kami. Aku berbangga dengan adikku kerana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki yang sulung dengan sebaik yang mungkin kepada ayahku……”
“Hari-hari yang ku nantikan kini telah pun tiba kerana keputusan peperiksaanku akan diumumkan pada hari ini yang bertarikh 25/02/2010. Sebelum ayah menghantarku ke sekolah,ayah masih sempat berseloroh dengan diriku,bahawa anak ayah akan Berjaya masuk ke university. Apa yang aku mampu lakukan pada waktu itu Cuma tersenyum dan menjawab ‘insyaAllah ayah,doakan akak’……..”
“Pada tanggal 26/02/2010,aku terkejut melihat perubahan yang berlaku pada ayahku. Dia dah sihat ke,kata hatiku. Jika benar,aku bersyukur sangat-sangat. Dia tidak memerlukan bantuanku untuk melakukan apa-apa lagi. Malahan boleh berasamku didapur untuk menyiapkan cucur sayur atas permintaannya aku membuatkan cucur itu untuknya. Dan saat-saat indah itu turut dihiasi dengan gelak tawa kami. Namun disangkakan panas hinggakan petang rupanya hujan ditengah hari. Sangkaanku makin meleset apabila menjelang waktu petang keadaan ayah semakin tidak sihat. Seperti kebiasaan ayah tidak akan mandi pada waktu pagi tetapi dia hanya akan mandi paad waktu petang sahaja ketika ibu sudah pulang dari kerja…..”
“Aku amat berbangga dengan ibuku kerana dia masih tetap setia kepada ayahku meskipun dia terlantar sakit. Ibu menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa terhadap suami tercinta dengan memandikannya pada waktu petang. Perangai ayahku pada ketika itu tidak ubah seperti anak kecil yang memerlukan perhatian. Seperti kebiasaan,ibu menyapu bedak dan memakai baju kepada ayah serta memyuapkan ayah makan dan minum. Keadaan ayah menjadi semakin teruk apabila setelah ayah minum air dan secara tiba-tiba dia tersedak seolah-olah sesak nafas…..”
“Pada waktu itu aku baru sahaja ingin menunaikan solat maghrib dan adikku belum pulang kerana menyelesaikan urusannya di luar. Ibuku terus memanggilku untuk melihat keadaan ayah tanpa belum sempat aku menunaikan solat maghrib pada ketika itu.,dan adikku telah pulang pula terkejut melihat keadaan ayahku. Hanya yang mampu aku lakukan pada ketika itu menangis dan memohon kekuatan dari Allah untuk kelurgaku menghadapi dugaan ini…..”
“Dengan kekuatan yang aku miliki,aku gagahkan juga diri untuk mengadap Sang Pencipta dan mengadu kepadanya. Setelah selesai melunaskan ibadat solatku,ibu mengajakku ke hospital untuk mengstabilkan keadaan ayah. Alhamdullilah,dengan bantuan daripada jiran-jiran yang terdekat dan ayah saudaraku ayah dapat juga dihantarkan ke hospital dengan kereta Ibuku…..”
“Aku begitu takut melihat keadaan ayah pada waktu itu. Betullah kata orang tua-tua,apabila sesorang itu hendak ‘pergi’pastinya akan ada petanda-petandanya. Kali ini aku redha seandainya benar ayah akan meninggalkan kami semua…..”
“Pada awal pagi jam 4.04 pagi tanggal 27/02/2010,Allah lebih menyayangi ayah daripada kami. Ayah telah kembali mengadap Allah. Sukar untuk aku menerima ini semua,kerana ianya berlaku dengan sekelip mata. Yang lebih merasakan kehilangan ayah adalah ibu. Dengan izin Allah,ibu saudaraku ada disisinya untuk memberikan kekuatan kepadanya. Manakala aku pula dipeluk oleh cik su…..”
“Namun aku tetap bersyukur kerana memberikan kepadaku dan adik-adikku peluang untuk berkhidmat kepada ayah sepanjang hayatnya di dunia yang fana ini. Kesyukuran semakin memuncak kerana allah mengumpulkan kami sekeluarga di saa-saat terakhir hayat ayah. Ayah telah kembali dengan keadaan yang tenang dan wajah yang bersih. Akhirnya hapuslah semua penderitaan yang ditanggung olehnya selama ini. Aku yang menyaksikan penderitaan mampu sedikit tersenyum kerana aku tidak perlu melihat ayahku menangis lagi dengan kesakitan yang dirasainya……”
“Selepas empat bulan pemergian ayahku,dengan serentak aku dan adikku mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran kami ke universiti tempatan. Alhamdullilah,impian arwah ayahku kini untuk melihat aku dan adikku menjejakkan kaki ke menara gading telah pun tercapai. Namun aku tetap bersedih,kerana yah tiada bersama kami untuk meraikan kejayaan ini. Allah akan menguji hamba-hambaNya dahulu sebelum Dia memberikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya……..”
“Pada mulanya sukar untuk aku menerima kerana terlalu jauh untuk aku berpisah dengan ibu. Tegarkah aku meninggalkan ibu pada waktu ibu masih memerlukan aku dan adik-adik untuk berada disisinya. Dia yang masih merasakan kehilangan suami tercinta,terpaksa berpisah dengan anak-anak yang akan berjuang di medan masa depan masing-masing. Dengan hati yang berat aku menunaikan juga janjiku kepada arwah ayah untuk mengejar masa depan dan cita-citaku di universiti…….”
“Aku tetap meletakkan rasa syukurku sepenuhnya kepada Allah,kerana memberikan kepada ibuku tersayang kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Orang yang telah pergi tidak mungkin akan kembali kepada kita lagi,namun kita yang masih hidup ini perlu meneruskan perjuangan dengan memandang ke hadapan secara terus-menerus……”
“Akhir kalamku disini wahai diari hatiku,engkaulah tempat BINGKISAN HATI SEORANG ANAK  ini mampu dicoretkan. Alhamdullilah,dengan izin allah juga ini berlaku. Subhanallah,begitu luas ilham yang Engkau telah kurniakan kepadaku Ya Allah. InsyaAllah dengan izinMu juga aku akan menulis semula tinta amani az-zahra. Dengan ini aku mengundurkan diri dahulu. Biingkisan ini aku tujukan sepenuhnya buat ibu dan arwah ayahku yang tercinta. Terima kasih diatas segalanya. ‘Ya Allah,Engkau ampunilah segala dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka sebagaimana meraka mengasihi aku sejak dari kecil’……….”





2 comments:

takemyheart said...

assalamualaikum akak.. akak amani kne kuat taw.. sabar hadapi smua nie..

Amani Azzahra said...

Waalaikummussalam,time kasih adikku syg.. insyaALLAH,akak kuat utk hadapinya...^_^<3

Design by Blogger Templates