WARKAH CINTA UNTUKMU....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“PESANAN KEPADA PARA WANITA YANG MULIA”
“SERING KALI ANDA BERUSAHA MENGHINDARI BANYAK PERKARA,PADAHAL DI SEBALIKNYA TERDAPAT PERKARA-PERKARA YANG ANDA INGINKAN”
“Anda wahai wanita muslimah yang jujur dan taat,contohilah pohon kurma yang jarang membusuk dan berpenyakit. Ketika dibaling dengan batu,malah ia mengugurkan buahnya. Pokok kurma sentiasa berbuah tidak mengira musim,di musim panas mahupun di musim sejuk,dan ia mengandungi pelbagai khasiat……”
“”Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat mengaburi rasa malu. Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah mengambil iktibar dan diammu adalah berfikir. Di mana pu keberadaanmu,engkau sentiasa mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan. Sentiasa di terima dimana-mana pun engkau berada. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untuk dirimu. Allah sentiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpt anda . Melenyapkan rasa takut dan menghilangkan segala kesedihan…..”
“Rebahkanlah tubuhmu ketika doa orang-orang mukmin ditujukan untukmu dan bangunlah seiring dengan pujian para malaikat untukmu. Bagaimanapun,anda mengetahui bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta,namun ketika anda mentaati Zat Yang Terpuji. Bukanlah pula pada pakaian yang baru,layanan  seorang hamba,namun ketika anda mentaati yang Maha Agung……”

“Sesekali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu,pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru jangan sesekali mengaku kalah dengannya.”
“Bermohonlah kepada-Ku,nescaya Aku akan memperkenankan permohonanmu”



0 comments:

Design by Blogger Templates