HANYA ALLAH.....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“HANYA ALLAH SATU-SATUNYA YANG TIDAK DAPAT DITUKAR GANTINYA
Jika serigala menyalak,aku mampu bertahan.
Dan jika manusia meraung,aku terasa hendak melayang.
“Di luar waktu sembahyang kelihatan ada seorang anak muda masuk ke dalam masjid. Lalu ia melihat anak yang berusia sepuluh tahun sedang mengerjakan sembahyang dengan khusyuknya. Ia menunggu sehingga anak kecil itu menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Ia menghampiri anak itu dan bertanya : ‘Siapakah anda?’. Ia mengeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata : ‘Saya anak yatim piatu,tuan.’. hati lelaki itu tersentuh mendengarnya dan berkata : ‘Apakah anda mahu menjadi anakku?’. Ia berkata : ‘Adakah jika aku lapar anda mahu memberiku makan?’………”
“Lelaki terdiam sebentar,kemudian menjawab,’Ya’. Anak itu bertanya lagi,’Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,anda akan memberikan aku pakaian?’. Orang itu menangguk sambil mengatakan,’Ya’. Anak itu bertanya lagi  : ‘Apakah anda akan menyembuhkan aku jika aku sakit?’. Orang itu menjawab,’Itu aku tidak sanggup nak’. Ia bertanya lagi,’Adakah anda akan menghidupkanku bila aku mati?’. Orang itu mengeleng-gelengkan kepalanya,’Ini pun aku tidak sanggup’………”
“Kalau begitu,biarkan aku pak cik bergantung sepenuhnya kepada Zat yang menciptakanku. Dialah yang memberikan aku petunjuk.yang memberikan aku makan dan minum. Jika aku sakit,Dialah yang menyembuhkanku. Yang mengampuni segala kesalahanku di hari berhisab kelak,kata anak kecil itu……..”
“Setelah mendengar kata-kata anak kecil itu,sesuatu yang tidak dijangkanya berkata demikian,lelaki itu pun terdiam dan tidak tahu hendak berkata dan berbuat apa. Dari bibirnya terdengar suara lirih,’Aku beriman kepada Allah, Siapa yang bertawakal kepada Allah,maka Dia akan member kecukupan buatnya’……..”
“Sekuat mana pun ikatan rambutmu,kesedihan dan kedukaan anda biarkan bergayut dilehermu,namun sedikit pun anda tidak akan mampu mengembalikan masa lalu…….”
“……….dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu………..”


0 comments:

Design by Blogger Templates