Duhai Bidadari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Duhai bidadari penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai bidadari penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik ke belakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha Allah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi. Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi Khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti Asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Cinta itu dari Ilahi. Datangnya ia dari Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.

0 comments:

Design by Blogger Templates