Tangisan Itu Indah

Apabila guruh datang melanda
Jiwa menjadi resah gelisah
Awan kelabu mengganggu kedamaian hati
Meresahkan jiwa yang tenang
Tersentak diri, luruh segala sendi rebah ke bumi
Setelah guruh reda, jiwa kian sunyi
Terkujur kaku di tepian lembah berduri
Tak siapa kan peduli lagi

Bangkitlah wahai Puteri
Usah mudah kau rebah mengalah
Hayunkanlah semula langkahmu
Jangan biarkan dirimu derita dan sengsara
Ingatlah... kita sentiasa ada yang menyayangi
Kita sentiasa ada yang mencintai
Yakin dan terimalah takdir itu untuk mu
Yang bakal menjadikan diri mu lebih bahagia
Kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untukmu
Walau diri kita seringkali alpa
Walau dibebani segunung dosa
Walau jauh dari rahmat-Nya
Tuhan tidak pernah melupakan kita

Kita masih diberi udara untuk bernafas
Masih diberi rezeki tanpa pernah putus
Masih disambung nyawa tanpa henti
Dihamparkan pelbagai nikmat untuk dirasa
Maka dekatkanlah dirimu kepada-Nya
Kepada al-Khaliq Pencipta Seluruh `Alam
Mengharaplah pada cinta sejati-Nya
Dambalah kasih Ilahi
Itulah cinta hakiki

0 comments:

Design by Blogger Templates