Aurat...

Aurat

HIJAB DAN AURAT.
(alias othman)

Mukadimah

Penulisan dalam kertas ini hanya menyentuh batas pelaksanaan hukum paling minimum sahaja. Pelaksanaan yang sempurna disentuh di sesetengah masalah sahaja.

Penulisan ini berhasrat menyelesaikan kekeliruan bagi mereka yang belum pasti hukum-hukum terbabit. Ia bukan bertujuan mempermudah-mudah hukum Allah.

Beberapa Istilah Penting

Wajib = dibuat dapat pahala ditinggal dapat dosa
Haram = dibuat dapat dosa ditinggal dapat pahala
Sunat = dibuat dapat pahala ditinggal tiada apa-apa
Makruh = dibuat tiada apa-apa ditinggal dapat pahala
Harus = dibuat tiada apa-apa ditinggal tiada apa-apa (Ada beza antara istilah harus dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu)
Muhrim = mereka yang haram dikahwini
Ajnabi = mereka yang boleh dikahwini

Hijab

Hijab ialah sesuatu yang digunakan untuk menutup sesuatu.
Perbincangan tentang hijab amat luas.
Perbincangan di sini akan diperkecil kepada persoalan tutup, pandang dan sentuh aurat sahaja.

Aurat

Aurat ialah sesuatu yang seseorang merasa malu jika ia terdedah.
Aurat sesuatu yang dipandang tidak baik jika ia dibuka, didedahkan.

Perbincangan mengenai aurat adalah bersabit dengan persoalan mendedahkan, memandang dan menyentuh, yakni yang haram didedahkan, yang boleh dan tak boleh dipandang dan yang boleh dan tak boleh disentuh.

Aurat dalam solat

Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut mesti ditutup.
Perempuan: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan.
Anggota aurat ini tidak boleh terdedah sewaktu solat. Jika ia terdedah ketika solat dikira batal

Di luar solat

Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut.
Perempuan: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Lelaki dan perempuan Islam haram mendedahkan anggota aurat.
Apakah tumit wanita aurat ?. Khilaf
Jumhur: aurat
Aurat bagi mereka yang tabiat kerjanya tidak mendedahkan tumit. Bukan aurat bagi wanita yang tabiat kerjanya mendedahkan tumit. (pendapat pilihan)
Aurat sesama wanita Islam

Anggota di antara pusat dan lutut. Haram sesama wanita Muslimah mendedahkan anggota di antara pusat dan lutut.
Namun demikian, sesuai dengan adat resam Melayu lebih manis setakat berketang dada/berkemban gantung.

Aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam.

Pendapat 1: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan, kecuali perempuan kafir itu beradab mulia.
Pendapat 2: sama seperti aurat dengan wanita Islam: anggota antara pusat dan lutut
Pendapat 3: anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita membuat kerja-kerja rumah: kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke siku, kaki hingga ke paras bawah lutut. (pendapat pilihan)

Aurat lelaki Muslim dengan lelaki dan perempuan Islam dan bukan Islam :
Anggota di antara pusat dan lutut.

Aurat pandang dan sentuh.

Perbincangan di atas menjelaskan anggota aurat yang haram didedahkan antara silang jantina dan sama jantina.
Perbincangan berikut menjelaskan hukum memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat silang jantina dan sama jantina.

Pandang dan sentuh antara suami isteri:
Suami harus lihat dan sentuh seluruh tubuh isteri, kerana jimak harus, maka pandang dan sentuh pun harus.
Isteri harus lihat dan sentuh seluruh tubuh suami, alasan sama.
Suami isteri boleh lihat faraj tetapi makruh.

Pandang dan sentuh silang jantina mahram:
Lelaki mahram boleh melihat anggota-anggota bukan aurat : yang biasa terdedah sewaktu perempuan di rumah: muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ketapak tangan, kaki hingga ke lutut.

Lelaki mahram haram melihat anggota aurat wanita mahram: yang bukan anggota luaran di atas : dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj.
Lelaki mahram boleh sentuh tanpa alas anggota bukan aurat mahram, jika aman fitnah.
Lelaki mahram haram menyentuh tanpa alas semua anggota aurat wanita mahram.
Lelaki mahram boleh menyentuh anggota aurat wanita mahram beralas jika aman fitnah.

Apa yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh lelaki mahram itulah juga yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh wanita pada lelaki mahram, dengan perhatian bahawa aurat lelaki ialah anggota antara pusat dan lutut.

Pandang dan sentuh sesama lelaki Muslim dan bukan Muslim.
Lelaki Muslim boleh melihat dan menyentuh anggota bukan aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim
Lelaki Muslim haram melihat dan menyentuh anggota aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim

Lelaki boleh kucup (bukan bibir) lelaki yang baru kembali dari perjalanan jauh jika aman fitnah.

Pandang dan sentuh antara lelaki dan lelaki cantik.
Lelaki cantik ialah lelaki yang memiliki kecantikan dan perawakan mirip wanita.
Lelaki boleh melihat dan menyentuh lelaki cantik tanpa syahwat
Lelaki haram melihat dan menyentuh lelaki cantik dengan syahwat

Pandang dan sentuh antara perempuan Muslim dan bukan Muslim.
Perempuan Islam boleh melihat seluruh anggota wanita bukan Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut
Perempuan bukan Islam boleh lihat anggota wanita Islam yang boleh dilihat oleh lelaki mahram: rambut, kepala, muka, tengkuk, dua tangan hingga siku dan kaki hingga ke paras lutut

Pandangan dan sentuhan yang diharuskan ialah yang tidak disertai syahwat.

Pandang dan sentuh silang jantina ajnabi.
Konsep dasar dalam persoalan ini ialah tuntutan syarak supaya merundukkan pandangan.
Perempuan dan lelaki ajnabi boleh lihat anggota bukan aurat atas keperluan muamalat
Perempuan dan lelaki ajnabi haram melihat anggota aurat
Perempuan dan lelaki ajnabi haram menyentuh tanpa alas anggota aurat dan bukan aurat kerana tidak ada keperluan.

Keharusan pandang dan sentuh dengan syarat tanpa syahwat dan aman fitnah..

Lihat dan sentuh antara silang jantina ajnabi kerana hajat/darurat.
Lelaki dan perempuan boleh lihat dan sentuh anggota aurat (termasuk faraj) kerana hajat dan darurat :
Kadi dan saksi boleh lihat aurat wanita untuk keperluan fungsi sebagai saksi dan kadi.
Lelaki dan perempuan ajnabi ajnabi boleh lihat anggota aurat untuk tujuan perubatan.
Lelaki ajnabi boleh lihat wanita untuk tujuan kahwin. Syarat boleh lihat :
1.Lelaki terbabit yakin ibu bapa perempuan itu akan menerimanya
2.Lihat tampa syahwat
3.Lihat kadar yang harus sahaja
- pendapat 1: muka dan tapak tangan sahaja
- pendapat 2 : anggota yang pada kebiasaannya terdedah, muka, tengkuk,
kaki dan tangan.
- pendapat 3 : tempat-tempat yang biasanya ada daging.
- pendapat 4: semua tubuh kecuali faraj dan dubur
Pendapat pilihan: anggota yang mudah terdedah dengan tidak membataskan kepada muka dan tapak tangan.
4.Bolih lihat perempuan yang hendak dipinang sahaja.

Melihat perempuan tua..

Perempuan tua bermaksud perempuan yang tidak lagi merangsang syahwat.
Boleh dilihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah

Melihat anak perempuan yang masih kecil

Lelaki ajnabi boleh melihat seluruh badan anak perempuan masih kecil yang belum lagi merangsang syahwat. Jika merangsang syahwat haram.

Melihat gambar / bayang / adegan silang jantina ajnabi..

Gambar dan bayang seseorang dapat dilihat dalam keadaan berikut: gambar , filem, bayang dalam cermin, di sebalik cermin lut sinar dan di sebalik air jernih. Berbagai pandangan dan khilaf fukaha’ dalam masalah ini. Ia disimpulkan seperti berikut.

1.Gambar.
Boleh lihat gambar silang jantina ajnabi yang menutup aurat.
Boleh lihat gambar suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
Haram lelaki melihat gambar perempuan ajnabi yang hanya tutup anggota antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan harus jika tanpa syahwat.
Harus wanita melihat gambar lelaki ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat.
Haram lelaki dan wanita melihat gambar lelaki dan wanita bogel dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan boleh jika tanpa syahwat.

2.Gambar bergerak (seperti filem)
Boleh lihat gambar bergerak lelaki dan perempuan ajnabi/yah yang menutup aurat.
Boleh lihat gambar bergerak suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
Haram lelaki melihat gambar bergerak wanita ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)
Haram melihat gambar bergerak lelaki dan wanita bogel. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)

3. Melihat bayang dalam cermin dan jasad di sebalik kaca lut sinar atau air jernih.
Hanafiyah, haram melihat faraj dan aurat wanita (termasuk lelaki) di sebalik kaca lut sinar atau di sebalik air jernih. Harus melihat bayang-bayang aurat wanita (dan lelaki) dalam cermin. Bezanya, yang dilihat di sebalik kaca lut sinar dan air jernih ialah jasad, sedangkan bayang dalam cermin adalah bayang-bayang jasad, bukan jasad.
Mazhab Zaidiyah, haram melihat aurat wanita (dan lelaki) di sebalik kaca telus, air jernih atau bayang dalam cermin atau lainnya.
Pendapat pilihan, haram. Alasannya, tujuan pengharaman ialah سد الذريعة

4. Melihat adegan-adegan sex.
Adegan-adegan sex boleh diklasifikasikan seperti berikut:-
Single x, jika adegan itu filem, harus dengan syarat tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat, di sebalik cermin lut sinar, di sebalik air jernih atau bayang-bayang dalam cermin.
Duble x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya
Triple x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya.
Harus suami isteri melihat adegan sex mereka dalam filem, bayang dalam cermin atau lainnya.

Melihat semua kes ini kerana hajat atau darurat syar`ie dibolehkan sekader keperluan.

Telanjang..

Bertelanjang ditegah (Kesah seorang lelaki pikul batu kemudian kainnya tertanggal, beliau terus memikul batu hingga sampai ke tempatnya, kemudian baru mengambil semula kainnya. Perbuatan itu diperbetulkan oleh Rasulullah s.a.w.)

Bertelanjang bersendirian dalam khulwah juga ditegah. Sabda Rasulullah s.a.w.

فالله احق ان يستحى منه من الناس
“Allah lebih berhak untuk dimalui dari manusia”.

Boleh mandi bertelanjang jika di dalam bilik bersendirian.
Boleh mandi telanjang suami isteri.

Berselimut telanjang.

Lelaki ditegah berselimut telanjang bersama lelaki lain, sekalipun keluarga terdekat. Begitu juga perempuan.

Adakah suara wanita aurat..

Ada pendapat mengatakan suara perempuan aurat.
Ada pendapat mengatakan tidak.

Kesimpulannya:-
Suara wanita bukan aurat kerana ia suara perempuan. Tetapi ia aurat kerana sebab lain yang mendatang. Oleh itu tidak di tegah memperdengarkannya kepada ajnabi bila ada keperluan.

Lelaki ajnabi juga tidak ditegah mendengar suara wanita ajnabiyah, dengan syarat suara itu tidak sengaja dimanja-manjakan, dilembut-lembutkan atau dikuat-kuatkan.

Lelaki ajnabi haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya sekiranya beliau ada kemungkinan terfitnah/tergoda.

Beri salam antara lelaki dan wanita ajnabiyah..

Ada tiga pendapat:
Haram, dengan syahwat atau tidak. Ini merujuk kepada pendapat yang mengatakan seluruh badan perempuan adalah aurat.
Haram jika ada syahwat, dengan tujuan menikmati tangan wanita atau tidak aman fitnah. Pengharaman ini didasarkan kepada سد الزرائع (menutup pintu kejahatan/maksiat)
Rukhsah bersalaman dengan perempuan yang tidak lagi merangsang sex, kanak yang belum merangsang sex

Ketiga-tiga pendapat ini mengemukakan hujah masing-masing. Meneliti kepada perbincangan para fukaha’ ini kita tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berikut:

Bersalaman silang jantina ajnabi harus dengan syarat tanpa syahwat, aman fitnah, tiada unsur ingin menikmati satu atau dua pehak. Jika syarat ini tidak dipenuhi bersalaman silang jantina ajnabi adalah haram.
Keharusan bersalaman silang jantina ajnabi mestilah dibatasi kepada hajat. Ia juga sepatutnya dibatasi kepada keluarga terdekat atau keluarga persemendaan. Tidak ada keperluan dan tidak ada hajat untuk ia diperluaskan kepada yang lain. Amat baik jika lelaki dan wanita Islam tidak memulakan salam silang jantina ajnabi. Tetapi jika orang lain yang memulakan sambutlah. Mungkin di situ ada hajat atau adab untuk memelihara air muka orang, terutama dalam majlis-majlis rasmi, ada liputan akhbar yang bukan di bawah kawalan kita.

Dengan ini mereka yang melakukannya atas dasar-dasar di atas tidak merasa janggal atau merasakan dia telah mengabaikan ajaran agamanya. Dan supaya perbuatannya tidak dianggap salah oleh orang yang melihatnya. Masalah ini adalah masalah ijtihadiyah.

0 comments:

Design by Blogger Templates