:: Kahwin Ke Belajar ::

Bismillahirahmanirahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum...

Cerita Soal Kahwin,mesti ramai yang suka bukan.... TETAPI ada bezanya antara KAHWIN dan NIKAH...
Berbezanya apa yang berlaku pada zaman ini,lebih RAMAI yang KAHWIN dahulu sebelum NIKAH... Jika diperhatikan tarikh-tarikh yang KERAMAT akan berlakunya "PERKAHWINAN" yang TIDAK HALAL... Kebanyakkan yang terlibat dalam soal ini adalah golongan REMAJA yang masih BERSEKOLAH dan mahasiswa/mahasiswi IPTA dan IPTS...

Persoalannya disini,NIKAH masa BELAJAR atau BELAJAR dahulu baru NIKAH... Namun hakikat sebenarnya kedua-duanya baik dan bagus jalannya dan semuanya BERGANTUNG pada dirinya sendiri..
Ukur baju di badan sendiri.. Terdapat Tiga Kunci untuk KAUM ADAM membina BAITUL MUSLIM,antaranya KUNCI RUMAH,KUNCI MOTOR atau KERETA dan KUNCI PEJABAT/KEWANGAN...

Berbicara Soal PERHUBUNGAN yang DIHALALKAN dalam ISLAM,sebaik-baik jalan adalah melalui PERNIKAHAN... Namun sebelum ke arah PERNIKAHAN ini,di sempadankan jalan dengan PERTUNANGAN...MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya....

Firman Allah dalam surah Al-Furqan(terjemahan) :
 (74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa....
 (75) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, 
(76) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja...

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

  Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Kabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina...

 HIKMAH PERNIKAHAN

  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

Tidak salah berkahwin muda kerana ianya dapat mengelakkan maksiat namun dalam perkahwinan itu anda bagi pihak lelaki hendaklah mempunyai kewangan yang mencukupi!
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” – (Riwayat Hakim dan Baihaqi)
Sudah menjadi ketentuan bahawa ALLAH mencipta kaum Adam dan Hawa untuk saling sayang-menyayangi. Jika kita merasakan diri sudah bersedia dari segenap sudut dan takut terjatuh dalam lembah penzinaan, maka berkahwinlah dan wajib baginya.
Tetapi harus diingatkan, bawalah berbincang sebaik mungkin bersama ibu bapa anda agar segala kesulitan kelak dapat ditangani dengan bijaksana. InsyaAllah.. :)

0 comments:

Design by Blogger Templates